Dasar Privasi
Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui borang laman web dan penyertaan dalam program-program terpilih, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama (individu, syarikat dan lain-lain), nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, nombor telefon, alamat, e-mel, jantina, bangsa, pekerjaan, pendapatan bulanan, kumpulan atau organisasi, pilihan program atau inisiatif, cadangan tanaman dan makanan, kategori kumpulan, pengalaman kerja, tempoh pengalaman kerja, hari bekerja, dan maklumat relevan yang dikemukakan.
Kementerian Ekonomi tidak menjual, memperdagang atau memindahkan maklumat anda atau mana-mana data yang anda berikan dalam portal ini bagi mengekalkan standard keselamatan bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Kementerian Ekonomi juga boleh mengeluarkan maklumat anda apabila kami percaya pengeluaran data tersebut sesuai dan mematuhi undang-undang.
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Portal ini mempunyai pautan ke portal lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
