IPR Background Image

IPR INSAN

Inisiatif Pendapatan Rakyat

Inisiatif ini akan dilaksana dengan menyediakan bantuan berbentuk mesin layan diri (vending machine) untuk disewa dengan kadar bersubsidi oleh kumpulan miskin tegar, miskin dan B40 untuk menjalankan perniagaan makanan yang sedia untuk dimakan (ready to eat).

Harga makanan yang dijual adalah mampu milik (maksimum sehingga RM 5 sahaja)

    Kriteria Pemilihan Peserta:
  • Peserta daripada golongan B40, miskin dan miskin tegar.
  • Peserta mestilah berupaya dan berpengalaman menjalankan perniagaan makanan.
  • Menerima suntikan tifoid
  • Mengikuti kursus dan mempunyai sijil pengendali makanan

CONTOH MAKANAN:

  • Nasi lemak
  • Sandwich
  • Masakan barat
  • Air mineral
  • Makanan bermasak lain
  • Buah - buahan

MANFAAT IPR INSAN

Meningkatkan pendapatan secara mampan

Kerajaan akan menanggung kos sewaan dan kos yang berkaitan mesin layan diri selama 24 bulan

Lokasi penempatan yang strategik diuruskan

Mengurangkan kos sara hidup melalui pembelian makanan yang lebih murah

Sokongan Kursus, Latihan dan Pemasaran

KOS DITANGGUNG

Kerajaan menanggung kos:

  • Sewaan Mesin Layan Diri
  • Sewaan Tapak/ Lokasi Penempatan
  • Kos Penyelenggaraan
  • Kos Pemasangan

Peserta hanya menanggung kos:

  • Kos Penyediaan Makanan
  • Kos Penghantaran Makanan
  • Caj Payment Gateway bagi transaksi e-wallet

LOKASI PENEMPATAN

  • Premis Kerajaan
  • Universiti Awam
  • Hospital
  • Premis Kerajaan Negeri
  • Stesen LRT & MRT
  • Klinik Kesihatan
  • Lokasi berpotensi lain

Tatacara Permohonan

  • Semua permohonan yang diterima akan disemak silang dengan agensi terlibat bagi menentukan kelayakan pemohon adalah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
  • Pemohon perlu mendaftar (login) di portal sebelum mengemukakan permohonan.
  • Pemohon perlu memastikan maklumat serta dokumen sokongan yang diisi dan dimuat naik di dalam portal ini adalah TEPAT DAN BENAR.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas permohonan yang lengkap berjaya dihantar. Proses pertimbangan permohonan adalah tertakluk kepada semakan kelayakan di peringkat Kementerian ini.
  • Hanya Pemohon yang layak akan dihubungi oleh wakil Kementerian ini untuk urusan temu duga, sesi latihan, penempatan dan pengoperasian mesin layan diri sekiranya terdapat kekosongan di kawasan berhampiran alamat tempat tinggal pemohon atau alamat yang didaftarkan.

Penafian

Kementerian Ekonomi berdasarkan budi bicara dan hak mutlak, berhak untuk mengubah, meminda, membatalkan atau menarik balik mana-mana atau semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.

Pemohon dengan ini bersetuju untuk mengakui dan mengesahkan bahawa telah membaca, memahami dan bersetuju untuk akur, terikat dengan semua terma berserta butiran terperinci sebelum mengemukakan permohonan.

Sebarang persoalan sila emelkan kepada :

helpdesk.ipr@ekonomi.gov.my