IPR INTAN
Inisiatif Pendapatan Rakyat
Program IPR – INTAN memfokuskan projek tanaman dan ternakan secara berkelompok sekurang – kurangnya melibatkan 5 peserta di tanah berkeluasan sekurang – kurangnya 10 ekar.
Tanaman/ternakan yang disyorkan adalah yang boleh memberikan hasil dalam tempoh 18 bulan dan menyumbang kepada rantaian nilai agro industri makanan tempatan.
CONTOH TANAMAN:
- Sayur-sayuran berdaun
- Cili
- Serai
- Nenas
- Akuakultur
MANFAAT IPR INTAN
Pengupayaan golongan B40, miskin dan miskin tegar meningkatkan potensi pendapatan melalui aktiviti pertanian
Rakan strategik projek memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam pelaksanaan projek pertanian
Jaminan belian termasuk harga lantai pembelian antara peserta-rakan strategik-pembelin
KOS DITANGGUNG
Kerajaan menanggung kos:
- Penyediaan Tapak Projek
- Infrastruktur asas (Termasuk IoT)
- Benih Tanaman
- Kos Operasi bagi Pusingan Pertama
- Bimbingan & Latihan
- Jaminan Belian/Pemasaran
FOKUS TANAMAN
Pilihan tanaman kepada kadar SSR yang rendah dan IDR yang tinggi serta mempunyai potensi eksport.
SSR = Kadar Sara Diri
IDR = Kadar kebergantungan import
Tatacara Permohonan
- • Semua permohonan yang diterima akan disemak silang dengan agensi terlibat bagi menentukan kelayakan pemohon adalah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
- • Pemohon perlu mendaftar (login) di portal sebelum mengemukakan permohonan.
- • Pemohon perlu memastikan maklumat serta dokumen sokongan yang diisi dan dimuat naik di dalam portal ini adalah TEPAT DAN BENAR.
- • Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas permohonan yang lengkap berjaya dihantar. Proses pertimbangan permohonan adalah tertakluk kepada semakan kelayakan di peringkat Kementerian ini.
-
•
Hanya Pemohon yang layak akan dihubungi oleh wakil Kementerian ini untuk urusan temu duga, dan penempatan sekiranya terdapat kekosongan di kawasan berhampiran alamat tempat tinggal pemohon atau alamat yang didaftarkan.
Penafian
Kementerian Ekonomi berdasarkan budi bicara dan hak mutlak, berhak untuk mengubah, meminda, membatalkan atau menarik balik mana-mana atau semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
Pemohon dengan ini bersetuju untuk mengakui dan mengesahkan bahawa telah membaca, memahami dan bersetuju untuk akur, terikat dengan semua terma berserta butiran terperinci sebelum mengemukakan permohonan.
Sebarang persoalan sila emelkan kepada :
helpdesk.ipr@ekonomi.gov.my